f↗kirauntung.BY FILLEA ACADEMY MALAYSIA MYR
BISNES ANDA. ANGKA YANG JELAS.

Jual dengan yakin.
Tahu untung sebenar.

Dari fee platform sampai kos iklan, kira semuanya
sebelum anda tetapkan harga.

↗

Satu kalkulator.
Setiap sen diambil kira.

♪ TikTok Shop▢ Shopee
Anda sedang melihat data contoh. Tukar angka mengikut produk dan akaun anda.
01

Produk & harga anda

Mulakan dengan satu produk atau satu bundle.

02

Fee TikTok Shop

Pilih kategori, kemudian semak caj akaun anda.

BOLEH UBAH

Cap ialah had maksimum fee sebelum SST bagi caj eksklusif SST. Nilai 0 = tiada had. Caj tetap dikenakan sekali setiap order.

03

Kos operasi & iklan

Masukkan kos sebenar untuk satu order.

Simpan kiraan produk

Tersimpan dalam pelayar ini sahaja.

BUAT PILIHAN DENGAN ANGKA

TikTok atau Shopee?

Kos produk yang sama. Fee mengikut tetapan setiap platform.

PANDUAN RINGKAS

Dah jual banyak.
Untung pun kena jelas.

Kalkulator anggaran untuk pesanan berjaya dengan satu jenis produk atau bundle. Semak penyata settlement bagi caj sebenar, pengecualian dan rebat.

Macam mana nak guna?

1. Isi kos dan harga produk. 2. Pilih kategori serta jenis penjual. 3. Aktifkan semua program yang anda sertai dan masukkan kos iklan. Lihat untung bersih atau cari harga untuk margin sasaran.

Margin, markup dan ROAS berbeza?

Margin = untung bersih ÷ hasil produk selepas diskaun. Markup mengukur kenaikan atas modal, jadi bukan margin. ROAS pulang modal ialah hasil produk ÷ bajet iklan maksimum, selepas mengambil kira SST iklan jika diaktifkan.

Macam mana SST dikira?

Setiap fee mempunyai pilihan “Termasuk SST”, “Tambah SST” atau “Tiada SST”. Kadar TikTok daripada jadual rasmi sudah termasuk SST. Kadar komisen Shopee Marketplace daripada jadual rujukan belum termasuk SST. SST hanya ditambah sekali. Kadar SST boleh diselaraskan di bahagian kos.

Adakah semua caj automatik?

Komisen kategori TikTok dan Shopee Marketplace disediakan daripada rujukan rasmi yang disemak pada 17 Oktober 2026. Fee program, affiliate, Mall Shopee dan caj khusus akaun perlu disemak serta diisi mengikut Seller Centre. Caj program boleh berbeza asas, cap dan cukai. Tambah baris caj jika perlu. Kadar tidak dikemas kini secara langsung.

Penghantaran dan voucher macam mana?

Diskaun/voucher penjual diisi seunit dan ditolak daripada hasil produk. Diskaun yang dibiayai penuh platform tidak ditolak di sini. Pos dibayar pembeli hanya menambah asas fee transaksi; ia dianggap diteruskan kepada logistik dan bukan hasil produk. Isi baki pos yang ditanggung penjual sebagai kos pos. Affiliate menggunakan hasil produk selepas diskaun sebagai anggaran; ubah/tambah caj jika asas akaun anda berbeza.

Boleh beri kepada client?

Ya. Kongsi pautan kalkulator supaya setiap client boleh kira sendiri tanpa menghantar data produk mereka. Simpanan produk berasingan mengikut pelayar/peranti. Muat turun CSV atau cetak untuk simpan salinan.

Rujukan kadar rasmiKomisen TikTok ↗Transaksi TikTok ↗Sokongan TikTok ↗Komisen Shopee ↗Makanan Shopee ↗Sokongan Shopee ↗Disemak 17 Okt 2026 · Semak kadar terkini di Seller Centre.